Umum

PNS Online Payment adalah pembekal perkhidmatan gerbang pembayaran. PNS Online Payment membolehkan anda membuat pembyararan melalui kad kredit, debit kad, ewallet dan pembayaran FPX dengan mudah.

PNS Online Payment berfungsi sebagai orang tengah yang akan meminta pembayaran dari penyewa/peserta Latihan, pelanggan yang mempunyai pembiayaan dengan PNS dan kemudian memasukkannya ke akaun bank PNS.

Pendaftaran adalah mudah. Hanya klik butang Daftar di laman utama dan mula mengisi butiran anda.

Bayaran Pinjaman

Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 30 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya.

Baki pembiayaan akan di email oleh pegawai terlibat dan mengambil masa antara 3 ke 5 hari berkerja.

Bayaran Sewaan

Sila hubungi Bahagian Hartanah ditalian +603-2082 7788 untuk makluman lanjut.

Bagi pembayaran penyewaan ruang pejabat, anda boleh membuat pemnayaran di laman PNS Online Payment. Jumlah bayaran akan mengikut kadar sewaan yang telah ditetapkan.

Bayaran Latihan

Apabila pendaftaran berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan dalam tempoh 24 jam. Jika masih belum menerima sebarang e-mel, sila hubungi pegawai latihan bertugas ditalian +603-2082 7788 untuk makluman lanjut.

Pembayaran boleh dibuat secara talian didalam Portal PNS Bayar atau menggunakan tunai, kad kredit, cek dan pemindahan dalam talian. Pembayaran cek yang perlu dibayar kepada PNS. Namun, peserta perlu memuat naik resit bayaran didalam Portal PNS Bayar sebagai bukti pembayaran bagi latihan tersebut.